Tajuk 7 –
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Bahasa Melayu
Pengenalan
Model pemprosesan maklumat menyamakan ingatan
manusia dengan komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat
merupakan input yang diperoleh manusia daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan disimpan dalam
ingatan. Kemudian, maklumat ini boleh
menjadi output melalui proses retrievel. Maka, pemprosesan maklumat adalah
sebagai satu operasi mental bagaimana
manusia belajar melibatkan proses menerima, mengenkod, menyimpan dan mengingat
kembali maklumat. Terdapat tiga fasa
ingatan semasa pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia. Tiga fasa ingatan tersebut adalah daftar sensori/deria, ingatan jangka pendek dan ingatan
jangka panjang.
Prinsip Pemprosesan Maklumat
i. andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada
pengaliran maklumat.
ii. pengaliran maklumat dua hala.
iiii. kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.
iv. manusia disediakan secara ginetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.
ii. pengaliran maklumat dua hala.
iiii. kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.
iv. manusia disediakan secara ginetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.
Daftar
sensori/Deria
- Input utama daripada penglihatan dan bunyi.
- Pemprosesan berlaku dalam 3-5 saat
- Input disalur kepada ingatan jangka pendek untuk pemprosesan sebenar.
- Maklumat yang diterima biasanya dipantau pada tahap perhatian rendah dan oleh itu respons juga secara terpilih. Contohnya, apabila memandu kereta sambil bercakap, seseorang boleh terus memandu dan bercakap.
Ingatan
Jangka Pendek
- Maklumat yang dipindah ke dalam ingatan jangka pendek akan berada dalam keadaan aktif selama 15-20 saat tanpa latihan dan lebih lama jika ada praktis.
- Kapasiti ingatan jangka pendek terhad kepada 7 + 2 item.
- Tiga cara untuk menangani tugasan kognitif dalam ingatan jangka pendek :
i. Chunking,
bermaksud bahagikan kepada bahagian-bahagian kecil.
ii. Proses satu persatu pada satu ketika
(Pemprosesan serial)
iii.
Kemahiran praktis sehingga mencapai tahap automatik. contohnya
mengingat nombor telefon, 88432575 kepada 88-43-25-
75, iaitu 4 chunk berbanding 8 unit.
- Maklumat dalam ingatan jangka pendek akan hilang/pudar jika tidak diulangi dalam masa 20 saat atau bilangan item melebihi 5-9 unit.
Ingatan
Jangka Panjang dan Simpanan
- Maklumat untuk rujukan masa depan disimpan dalam ingatan jangka panjang.
- Ingatan jangka panjang merupakan stor pengetahuan yang kekal, seperti kebolehan mengingat nombor telefon.
- Mempunyai kapasiti dan tempoh masa yang tidak terhad.
- Konsep yang dibelajari disimpan dalam jaringan perkaitan yang bermakna secara hierarki (skema).
- Tiga kategori dalam ingatan jangka panjang iaitu semantik, episodik dan prosedural.
Aplikasi Model Pemprosesan dengan Menggunakan Tapak Pembelajaran
Guru-guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan tapak pembelajaran haruslah menunjukkan cara-cara menggunakan tapak pembelajaran tersebut kepada murid. Hal ini membantu murid-murid mengingati bagaimana tapak pembelajaran itu digunakan agar membolehkan murid-murid menggunakannya untuk P&P yang seterusnya.
Contoh-contoh Tapak Pembelajaran
http ://guru.net.my
http://tutor.com.my
http://skora.com.my
Contoh langkah atau cara penggunaan
tapak pembelajaran :
Langkah 1 :
Membuka laman web yang diingini iaitu laman web tutor. Laman
ini sering digunakan guru bagi sesi P&P
Langkah 2 :
Anda dikehendaki menekan atau klik pada kotak bertulis Bank
Soalan dimana telah berpautan dengan soalan-soalan yang telah
dikumpulkan. Soalan-soalan yang merangkumi soalan-soalan bagi tahap sekolah
menengah dan sekolah rendah. Bagi sekolah rendah harus memilih soalan bagi
sekolah rendah. Contohnya :
Langkah 3 :
Pada langkah ketiga, setelah memilih tahap soalan, anda
seterusnya memilih mata pelajaran yang diingini. Sebagai contoh mata pelajaran
Bahasa Melayu.
Langkah 4:
Setelah itu, anda boleh memilih kertas model yang dingini.
Bagi setiap kertas model yang disediakan mengandungi dua jenis
soalan iaitu kertas 1 bagi soalan pemahaman dan tatabahasa. Manakala
kertas dua pula mengenai esei. Sebagai contoh seperti di bawah:
Langkah 5:
Soalan akan berbentuk PDF format seperti di bawah:
No comments:
Post a Comment